Thursday, February 4, 2016

Thursday, May 31, 2012

LAMAN SANG PENCERITA


LAKARAN TAMAN SANG PENCERITA







KERJA KERJA MENGGALI LUBANG MERATAKAN TANAH 





KERJA KERJA PROSES KE 2 MENAIKKAN TAPAK PENTAS, TAPAK KOLAM , PINTU GERBANG DAN PONDOK ISTIREHAT/SANTAI/SURAU






LAMAN SANG PENCERITA

Tempat berkumpulnya para pengkarya ini adalah satu keperluan , kerana di sini lah pemikiran pemikiran akan lebih berkembang, karya karya terkumpul, sebagai pusat ilmu dan aktiviti dan bermacam macam lagi menafaatnya,.....apatah lagi tempat yang se begini tenang, walau aku tau sebahagian teman punyai jadual kerja yang ketat ( betul ke ??? ) atau lebih berbentuk individu, dan aku tak nafikan kejayaan daripada bentuk individu , tapi sampai bila,... apakah kita tidak memikir bekerja atau berkarya secara kelompok atau berpasukan, sedangkan orang lain telah lama maju dalam sistem kelompok NYA, pada aku setiap masalah atau persoalan sudah tentu ada jalan keluar, kenapa tidak sama sama kita cari jalan untuk majukan diri secara kelompok seiring dengan cara individu, walau aku tau rating untuk bekerja secara individu lebih ramai dari secara kelompok,.....tapi aku tetap mencari jalan untuk bekerja secara kelompok beriringan secara individu. Sebab banyak contoh terbaik aku dapat kesan dengan berkarya secara kelompok terutama di KL. Rasanya teman teman jugak tak menafikan kenyataan aku ini.Fikir fikirkan lah untuk generasi kita akan datang, jangan lah mereka pun berkarya ikut cara kita lagi ,sepatutnya sistem berkarya kita sudah melangkah jauh ke depan .Aku harap LAMAN SANG PENCERITA ini dapat mencapai matlamat dalam bentuk KERJASAMA.Untuk ini juga aku ucapkan terima kasih kepada HJ Zulkifli Abu ( SANG PENCERITA( facebook) )kerana ada usaha untuk mengumpulkan karyawan karyawan Negeri Sembilan khususnya Malaysia amnya.Dan perancangan yang telah di atur harap dapat berjalan dengan lancar.Insya Allah .

Thursday, February 23, 2012

Tasik dan kehidupan

kebiasaan nya bunga dalam taman
lebih indah lagi kalau bunga di tepi kolam




kehidupan ditepi sebuah tasik
benih bertaburan
bunganya sering berterbangan di tiup angin
menghiasi keindahan alam
di tepi sebuah kolam
aku yang meniti senja
menelusuri hitam putih biru dan merah
terpancar lampu mengerdipkan cahaya di sebalik hitam rimbun daun
siangnya hijau kini hitam ditelan malam
awan putih menjadi birunya makin kelam
biru langitnya makin putih yang sebentar lagi hilang di salut merah mengundang malam
tibanya merubah segala warna alam

Monday, February 6, 2012

2012 menabung karya

dalam pallette watercolour aku ,............bentuk warna
untuk memulakan koleksi , karya permulaan tahun ni menggunakan pensil kaedah asas dalam lukisan,.....

Sunday, January 29, 2012

Saturday, January 28, 2012

Bentuk dan rupa


rumah itu beratap, berdinding, ada pintu ,
tingkap, bilik dan dapur serta keperluan asas, selain dari itu hanyalah beban kehidupan
di dalam nya ada garis garis warna ,
cahaya dan rasa yang membentuk rupa pada wajah kehidupan seorang penyanyi

KARYA

malamnya menyinar , siangnya di sinar mentari
kemegahan yang kini sepi di telan zaman
kedinginan yang menanti tiba senja

teratai hijaunya di selimuti langit biru dan putih awan bersatu di dalam cermin air yang warnanya tenggelam dalam silau keindahan